Wednesday, April 25, 2012

Bengkel Seni Sulaman Manik & Labuci pada 29.04.2012


Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan insan-insan yang bakal menjadi usahawan dengan menggunakan kemahiran seni sulaman manik & labuci sebagai kerjaya tetap atau sebagai pendapatan sampingan.

Kursus ini disampaikan oleh seorang tenaga pengajar yang berpengalaman luas di dalam bidang seni jahitan & sulaman manik & labuci iaitu, Puan Nik Sharija. Beliau telah menjadikan bidang ini sebagai kerjaya tetap yang menghasilkan pendapatan lumayan.





Kandungan Kursus:

Maklumat kursus ini adalah seperti berikut:-

Teori asas Jahitan Manik, Labuci & Kristal
Teknik Jahitan Mata Lalat Bermanik
Teknik Jahitan Labuci Bersisik
Teknik Jahitan Labuci Bermanik
Teknik Jahitan Manik Beriring - Paten 1
Teknik Jahitan Manik Beriring - Paten 2
Teknik Jahitan Kuku Kambing Bermanik
Teknik Jahitan Bulu Ayam Bunga Kristal
Teknik Jahitan Bulu Ayam Berdaun Kristal
Teknik Jahitan Bunga Padi dengan Manik & Kristal
Teknik Jahitan Manik Peyote
Teknik pemilihan & paduan gabungan warna
Percuma: Taklimat Keusahawanan

Nama Kursus: Bengkel Seni Sulaman Manik & Labuci
Fasilitator: Pn Nik Sharija(lihat biodata)

Tarikh: 29 April 2012 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi sehingga 5.00 petang
Tempat: Nick Creation -No 32-1-1A, Jalan Impian Medan PB2 Pusat Bandar Baru Bangi, Seksyen 9, Selangor DE
Penyertaan: Terhad kepada 20 peserta
Yuran Penyertaan: Hanya RM 180.00 (makan & minum dan sijil) - tidak termasuk penginapan

TAWARAN: REBET 10% kepada peserta berkumpulan seramai 5 orang ke atas

Cara Pendaftaran Kursus:
  • Emel/SMS nama kursus, nama penuh, no.telefon, no.kad pengenalan, emel anda serta alamat terkini ke emel akademi_nurinsan@yahoo.com/SMS ke 012-3997944 atau mendaftar secara online melalui Borang Pendaftaran Kursus
  • Tunggu pengesahan penyertaan dalam tempoh 24 jam
  • Bank in sama ada melalui online transfer, cash deposit ke akaun Maybank 562384500596 (Akademi Nur Insan) sebanyak RM 180.00 berserta bukti bayaran melalui emel, SMS sekiranya menggunakan maybank2u.com atau cash deposit selewat-lewatnya pada hari tarikh tutup penyertaan pada 27 April 2012
  • Pihak kami akan menyerahkan resit pembayaran anda pada hari kursus

Pendaftaran Kursus Dibuka sehingga 27 April 2012. Sila maklum kepada pihak penganjur kursus sebelum tarikh tutup penyertaan. Peserta yang memerlukan penginapan, pihak kami akan membantu anda menempah hotel yang berdekatan. Sebarang pertanyaan mengenai kursus, sila hubungi Akademi Nur Insan (Pn Ita) di talian 012-3997944 atau melalui emel akademi_nurinsan@yahoo.com

YA SAYA INGIN DAFTAR

No comments:

Post a Comment

Jom Ikut Kami

Blog Pilihan