Monday, March 5, 2012

Bengkel Coklat oleh Azimah's Homemade pada 25.03.2012

Assalamualaikum Wbt.

Akademi Nur Insan akan menganjurkan "Bengkel Membuat Coklat oleh Azimah's Home Made". Peserta bengkel bakal dilatih untuk menjadi usahawan coklat dan menjadikan kemahiran dalam pembuatan coklat sebagai kerjaya tetap atau sampingan.


Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan insan-insan yang bakal menjadi usahawan-usahawan Coklat yang dapat menjana pendapatan lumayan dengan  menerima tempahan membuat coklat hanya dari rumah. Peserta-peserta akan mengetahui kaedah yang terbaik menyediakan coklat, tips-tips untuk memasarkan produk, senarai harga, senarai barang dengan harga yang paling rendah di pasaran.

Bengkel ini disampaikan oleh Puan Norazimah, seorang Usahawan Coklat yang menggunakan jenama Azimah's Homemade. Beliau adalah seorang yang kreatif dan berpengalaman luas di dalam bidang pembuatan coklat ini.









Kandungan Kursus

Jenis-jenis Coklat
Teknik, proses membuat coklat
Membuat pelbagai bentuk coklat
Tips membuat coklat
Pembungkusan (Packaging)
Teknik Pemasaran
Senarai harga pasaran
Senarai pembekal bahan asas coklat & peralatan
Bonus resepi coklat


Maklumat kursus ini adalah seperti berikut:-


Nama Kursus: Bengkel Coklat oleh Azimah's Homemade
Tarikh: 25 Mac 2012(Ahad)
Masa: 9.00 pagi sehingga 4.00 petang
Tempat: Akademi Nur Insan - No 12-A1, Jalan Impian Makmur 3A, Saujana Impian Kajang
Penyertaan: Terhad kepada 10 peserta
Yuran Penyertaan: Hanya RM 150.00 (makan & minum, nota dan sijil) - tidak termasuk penginapan

Tawaran: Peserta berkumpulan seramai 5 orang ke atas akan diberi rebet sebanyak 10%.



Cara Pendaftaran Kursus:
  • Emel/SMS nama kursus, nama penuh, no.telefon, emel anda, no. kad pengenalan  serta alamat terkini ke emel akademi_nurinsan@yahoo.com/SMS ke 012-3997944 atau mendaftar secara online melalui Borang Pendaftaran Kursus
  • Tunggu pengesahan penyertaan dalam tempoh 24 jam
  • Bank in sama ada melalui online transfer, cash deposit ke akaun Maybank 562384500596 (Akademi Nur Insan) sebanyak RM 150.00 berserta bukti bayaran melalui emel, SMS sekiranya menggunakan maybank2u.com atau cash deposit selewat-lewatnya pada hari tarikh tutup penyertaan pada 21 Mac 2012.
  • Pihak kami akan menyerahkan resit pembayaran anda pada hari kursus.
Pendaftaran Kursus Dibuka sehingga  21 Mac 2012. Sila maklum kepada pihak penganjur kursus sebelum tarikh tutup penyertaan. Peserta yang memerlukan penginapan, pihak kami akan membantu anda menempah hotel yang berdekatan. Sebarang pertanyaan mengenai kursus, sila hubungi Akademi Nur Insan (Pn Ita) di talian 012-3997944 atau melalui emel akademi_nurinsan@yahoo.com

YA SAYA INGIN DAFTAR 

No comments:

Post a Comment

Jom Ikut Kami

Blog Pilihan