Saturday, November 27, 2010

Kursus Intensif Perawat Islam(Sesi 2) pada 19 Disember 2010

Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan insan-insan yang boleh merawat diri sendiri, keluarga, saudara mara dan saling membantu sesama muslim.  Di antara pengisian kursus ini adalah mengenai Pengenalan Alam Jin, Tanda-tanda Gangguan, Teknik-teknik rawatan secara Rukyah Syar'iyyah dan juga latihan praktikal  untuk menjadi seorang perawat.

Kursus ini disampaikan oleh Ustaz Azrin, seorang Perawat yang berpengalaman luas di dalam bidang Perubatan Islam. Beliau berpengalaman di dalam bidang rawatan alternatif dengan menggunakan kaedah rawatan Islam untuk rawatan sihir, santau, saka dan lain-lain penyakit misteri.

Kandungan Kursus:

Pengenalan Alam Jin & Amalan Ahli Sihir
Jenis-jenis Gangguan Jin & Sihir
Tanda-tanda Gangguan
Rawatan Ruqyah Syar’iyyah
Persediaan Asas sebagai Perawat
Persediaan Bahan Rawatan
Teknik-teknik Scanning
Teknik-teknik Rawatan
Latihan menjadi Perawat
Amalan Perlindungan Diri-Warisan Ulama’ Silam
Rahsia Zikrullah
Amalan Pernafasan untuk Benteng Diri
Pengijazahan Amalan


 
Maklumat kursus ini adalah seperti berikut:-

 
Nama Kursus: Kursus Intensif Perawat Islam (Sesi 2)
Fasilitator: Ustaz Azrin Abd Karim(lihat biodata)
Tarikh: 19 Disember 2010 (Ahad)
Masa: 8.45 pagi sehingga 6.00 petang
Tempat: Akademi Nur Insan - F9G, Jalan Impian Indah 2, Taman Impian Indah, Balakong, Selangor DE
Penyertaan: Terhad kepada 30 peserta
Yuran Penyertaan: Hanya RM 200.00 (makan & minum, nota dan sijil) - tidak termasuk penginapan

Cara Pendaftaran Kursus:

  • Emel/SMS nama kursus, nama penuh, no.telefon, emel anda serta alamat terkini ke emel akademi_nurinsan@yahoo.com/SMS ke 019-3335741 atau mendaftar secara online melalui Borang Pendaftaran Kursus
  • Tunggu pengesahan penyertaan dalam tempoh 24 jam
  • Bank in sama ada melalui online transfer, cash deposit ke akaun Maybank 105019775769 (En Khairudin Johari)atau serahan tangan yuran kursus sebanyak RM 200.00 berserta bukti bayaran melalui emel, SMS sekiranya menggunakan maybank2u.com atau serahan tangan selewat-lewatnya pada hari tarikh tutup penyertaan pada 15 Disember 2010
  • Pihak kami akan menyerahkan resit pembayaran anda pada hari kursus

Pendaftaran Kursus dibuka sehingga 15 Disember 2010. Sila maklum kepada pihak penganjur kursus sebelum tarikh tutup penyertaan. Peserta yang memerlukan penginapan, pihak kami akan membantu anda menempah hotel yang berdekatan. Sebarang pertanyaan mengenai kursus, sila hubungi Akademi Nur Insan (Pn Ita) di talian 019-3335741 atau melalui emel akademi_nurinsan@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Jom Ikut Kami

Blog Pilihan