Saturday, October 30, 2010

Biodata Penceramah

Kursus Intensif Perawat Islam-22 Januari 2011 (Sabtu)

Ustaz Azrin Abd Karim
Ustaz Azrin Abdul Karim, berasal dari Selangor dan dibesarkan di Kuala Lumpur mula menceburkan diri di dalam bidang Perubatan Islam dan mempelajari bidang agama sejak beliau berusia 19 tahun lagi. Selama 17 tahun beliau telah mengutip pengalaman di dalam bidang ini dan telah mempraktikkan ilmu yang beliau perolehi daripada guru-gurunya. Di antara guru beliau adalah Mantan Mufti Negeri Sembilan, iaitu Datuk Sheikh Murtadza Bin Syeikh Ahmad. Kini beliau adalah Pengamal Perubatan Islam dan Komplimentari secara sepenuh masa.

Bidang pengkhususan beliau adalah rawatan alternatif bagi merawat masalah berkaitan dengan fizikal, mental, emosional dan spiritual dengan kaedah-kaedah yang tidak bercanggah dengan aqidah Islam, seperti Ruqyah Syar'iah, Terapi AuraMetafizik, Pengubatan Tenaga (Energy Medicine), Urut Tradisional Melayu dan kaedah Bekam. Beliau juga membantu merawat masalah Mental dan Emosional yang tidak stabil, Stress/tekanan jiwa dan kemurungan yang berlebihan, Masalah Suami-Isteri, Masalah Sihir, Saka, Santau, Gangguan Makhluk Halus, sakit ganjil, Migrain, Lemah Tenaga Batin ada juga yang berhajat untuk "Cleansing" @ Pagar Rumah/Kedai/Diri.

Kini, ilmu beliau perolehi juga dikongsi melalui Kursus-kursus seperti Kursus Intensif Perawat Islam, Kursus Urut Tradisional Melayu, Kursus Urut Pulih Tenaga Batin, Kursus Bekam dan Kursus Numerologi – (Mengenal diri melalui Tarikh Lahir dan Nama).

Telefon: 013-3239822

No comments:

Post a Comment

Jom Ikut Kami

Blog Pilihan