Saturday, October 30, 2010

Biodata Penceramah

 Bengkel Jiwa Positif Jiwa Bahagia - 18 Disember 2010 (Sabtu)


Fuad Latip
Mohd Fuad bin Haji Abdul Latip, merupakan pensyarah kanan di Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Beliau juga merupakan pelatih pelatihan solat khusyuk di Malaysia.

Beliau berkelulusan Sarjana di dalam bidang Kejuruteraan Tenaga Elektrik dan Sistem kuasa serta Sarjana Muda kejuruteraan Elektrik daripada Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kini sedang menyambung pengajian di peringkat PhD.

Selain itu beliau juga merupakan Trainer Spiritual NLP (Neuro Lingustic Programming) di dalam menyedarkan masyarakat di dalam mengenali diri dan merasai hidup berTuhan yang sebenar. Beliau juga memiliki Sijil Profesional NLP Practitioner daripada National Federation NLP (NFNLP) USA dan juga NLP Indonesia.
Beliau menggabungkan potensi jiwa dan fikiran di dalam meningkatkan potensi diri untuk mencapai kejayaan diri yang terbaik berdasarkan ajaran Islam. Beliau merupakan penulis blog Jiwa Positif Hidup BerTuhan yang mempunyai ribuan pembaca.

Blog beliau boleh di capai melalui http://www.fuadlatip.com/.

Beliau telah menghasilkan 4 buah buku digital di  dalam membantu masyarakat untuk kembalisedar tentang erti hidup bertuhan. Buku digital beliau adalah:

  1. Jiwa Positif Hidup BerTuhan Volume 1 bertajuk Komunikasi Dengan Allah SWT.
  2. Jiwa positif Hidup BerTuhan Volume 2 bertajuk Memiliki Kesedaran Tertinggi
  3. Jiwa positif Hidup BerTuhan Volume 3 bertajuk Berserah Kepada Allah
  4. Jiwa positif Hidup BerTuhan Volume 4 bertajuk Rasa Nyata Hidup BerTuhan
Semua buku digital beliau boleh dimuat turun secara percuma di alamat:-



Pengalaman Latihan dan Ceramah:

• Penceramah ‘Ramadhan: Dulu dan Kini' anjuran Kolej Melati UiTM Shah Alam. (Ogos 2010)
• Pelatihan Terapi Solat di Surau Al-Muhajirin Bandar Bukit Mahkota Bangi. (Julai 2010)
• Pelatihan “Muslim Profesional” di International Youth Centre Kuala Lumpur. (Jun 2010)
• Pelatihan Solat Khusyuk Remaja, Surau TNB Bangsar. (Mei 2010)
• Pelatihan Jiwa Positif Hidup BerTuhan di RapidKL Subang Jaya Selangor. (Mac 2010).
• Pelatihan Jiwa Positif Hidup BerTuhan di Sekolah Al-Ikhlas Taman Permata Wangsa Maju.(Jan 2010)
• Pelatihan Jiwa Positif Hidup BerTuhan untuk wanita di Surau Wangsa Maju Kuala Lumpur. (Dis 2009)
• Mini Latihan Jiwa Positif Hidup BerTuhan untuk jemaah haji jemputan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala  Lumpur. (Okt 2009)
• Penceramah Syarahan Intelektual Siri 3 UiTM Segamat Johor. (April 2009)
• Pelatihan Jiwa Positif Hidup Bertuhan Program Pembangunan Dan Kemajuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM Shah Alam. (Jan 2009) 

Jom Ikut Kami

Blog Pilihan