Saturday, October 30, 2010

Bengkel Jiwa Positif Jiwa Bahagia - 29 Januari 2011 (Sabtu)

Assalamualaikum wbt....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Alhamdullillah dengan kesedaran yang tinggi bagi mendekatkan diri dan memupuk kecintaan kepada Allah swt., InsyaAllah pada 29 Januari 2011(Sabtu), Akademi Nur Insan akan menganjurkan Bengkel Jiwa Positif Jiwa Bahagia di Akademi Nur Insan, Balakong, Selangor, DE

Objektif bengkel ini adalah untuk melahirkan insan-insan yang berjiwa tenang dan bahagia melalui kaedah memupuk kesedaran dan kecintaan yang tinggi kepada Allah swt.
Jiwa Positif Jiwa Bahagia sebuah bengkel yang praktikal yang mampu memberikan saudara kefahaman tentang hidup BerTuhan sebenar iaitu berada dekat dengan Allah SWT. Bagaimana memiliki kesedaran tertinggi iaitu sedar akan Allah SWT setiap saat agar jiwa ini sentiasa dituntun oleh Allah SWT. Bengkel ini disampaikan oleh En Fuad Latip, seorang Pengamal NLP Islamik yang aktif berkongsi tentang Jiwa Positif Hidup Bertuhan dan Perlatihan Solat Kusyuk. Aktif menulis artikel tentang kesedaran jiwa dan ketuhanan. Beliau merupakan Pensyarah Kanan di dalam Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Kandungan Kursus:


Apa yang anda diperolehi daripada bengkel ini?
  • Mengupas dengan terperinci tentang fitrah manusia yang sebenarnya sentiasa ingin kembali kepada Penciptanya.
  • Mengupas hubungan jiwa positif dan fikiran positif.
  • Melatih secara praktik bagaimana memiliki kebahagiaan yang dijanjikan oleh Allah SWT.
  • Melatih untuk saudara benar-benar mampu berserah, rela, pasrah dan redha dengan kehendak Allah SWT.
  • Melatih diri saudara agar lebih bersyukur kepada Allah SWT.Bagaimana memiliki rasa cinta hakiki kepada Allah SWT.
  • Membawa saudara solat yang khusyuk iaitu sedar tertinggi pada Allah SWT.
  • Mengupas bagaimana solat itu merupakan satu keperluan untuk diri kita. Bukan sekadar kewajipan tetapi sebenarnya kita sememangnya memerlukan solat.
Bengkel ini sesuai untuk anda yang:

• Ingin membuang rasa malas
• Ingin menjadi seorang yang disenangi ramai
• Ingin menjadi seorang yang terang hati
• Ingin doa agar dimakbulkan
• Ingin mudah berbuat baik dan meninggalkan keburukan
• Ingin mampu untuk memiliki rezeki yang diinginkan
• Ingin menyelesaikan masalah jodoh
• Ingin menyelesaikan masalah Khusyuk dalam Solat
• Ingin menyelesaikan masalah stress (tekanan)
• Ingin menyelesaikan masalah sosial
• Ingin menyelesaikan masalah rumahtangga 
• Ingin menyelesaikan masalah anak-anak, keluarga dan sahabat
• Ingin menyelesaikan masalah hidup.

Program Kursus



Maklumat bengkel ini adalah seperti berikut:-

 
Nama Kursus: Bengkel Jiwa Positif Jiwa Bahagia
Fasilitator: Mohd Fuad Hj. Abdul Latip(lihat biodata)
Tarikh: 29 Januari 2011(Sabtu)
Masa: 8.30 pagi sehingga 5.00 petang
Tempat: Akademi Nur Insan - F9G, Jalan Impian Indah 2, Taman Impian Indah, Balakong, Selangor DE
Penyertaan: Terhad kepada 30 peserta
Yuran Penyertaan: Hanya RM 60.00 (makan & minum disediakan) - tidak termasuk penginapan

Cara Pendaftaran Kursus:
  • Emel/SMS nama kursus, nama penuh, no.telefon, emel anda serta alamat terkini ke emel akademi_nurinsan@yahoo.com/SMS ke 019-3335741 atau mendaftar secara online melalui Borang Pendaftaran Kursus
  • Tunggu pengesahan penyertaan dalam tempoh 24 jam
  • Bank in sama ada melalui online transfer, cash deposit ke akaun Maybank 105019775769 (En Khairudin Johari)atau serahan tangan yuran kursus sebanyak RM 60.00 berserta bukti bayaran melalui emel, SMS sekiranya menggunakan maybank2u.com atau serahan tangan selewat-lewatnya pada hari tarikh tutup penyertaan pada 23 Januari 2011
  • Pihak kami akan menyerahkan resit pembayaran anda pada hari kursus

Pendaftaran Kursus Dibuka sehingga 23 Januari 2011. Sila maklum kepada pihak penganjur kursus sebelum tarikh tutup penyertaan. Peserta yang memerlukan penginapan, pihak kami akan membantu anda menempah hotel yang berdekatan. Sebarang pertanyaan mengenai kursus, sila hubungi Akademi Nur Insan (Pn Ita) di talian 019-3335741 atau melalui emel akademi_nurinsan@yahoo.com





No comments:

Post a Comment

Jom Ikut Kami

Blog Pilihan