Tuesday, July 24, 2012

Kursus Intensif Perawat Islam pada 12.08. 2012

Assalamualaikum wbt....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Akademi Nur Insan akan menganjurkan kursus untuk para peminat Perubatan Secara Islam, iaitu Kursus Intensif Perawat Islam bertempat di Akademi Nur Insan, Kajang, Selangor, DE
Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan insan-insan yang boleh merawat diri sendiri, keluarga, saudara mara dan saling membantu sesama muslim.  Di antara pengisian kursus ini adalah mengenai Pengenalan Alam Jin, Tanda-tanda Gangguan, Teknik-teknik rawatan secara Rukyah Syar'iyyah dan juga latihan praktikal  untuk menjadi seorang perawat.

Kursus ini disampaikan oleh Ustaz Azrin, seorang Perawat yang berpengalaman luas di dalam bidang Perubatan Islam. Beliau berpengalaman di dalam bidang rawatan alternatif dengan menggunakan kaedah rawatan Islam untuk rawatan sihir, santau, saka dan lain-lain penyakit misteri.

Kandungan Kursus:

Pengenalan Alam Jin & Amalan Ahli Sihir
Jenis-jenis Gangguan Jin & Sihir
Tanda-tanda Gangguan
Rawatan Ruqyah Syar’iyyah
Persediaan Asas sebagai Perawat
Persediaan Bahan Rawatan
Teknik-teknik Scanning
Teknik-teknik Rawatan
Latihan menjadi Perawat
Amalan Perlindungan Diri-Warisan Ulama’ Silam
Rahsia Zikrullah
Amalan Pernafasan untuk Benteng Diri
Pengijazahan Amalan


 
Maklumat kursus ini adalah seperti berikut:-

 
Nama Kursus: Kursus Intensif Perawat Islam
Fasilitator: Ustaz Azrin Abd Karim(lihat biodata)
Tarikh: 12 Ogos 2012 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi sehingga 5.30 petang
Tempat: Akademi Nur Insan - No 12A-1, Jalan Impian Makmur 3A, Saujana Impian, Kajang
Penyertaan: Terhad kepada 30 peserta
Yuran Penyertaan: Hanya RM 200.00 (*makan & minum, nota dan sijil) - tidak termasuk penginapan
*Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang tidak disediakan sepanjang bulan Ramadhan. Cenderahati akan diberikan


Cara Pendaftaran Kursus:

  • Emel/SMS nama kursus, nama penuh, no.telefon, emel anda,no. kad pengenalan serta alamat terkini ke emel akademi_nurinsan@yahoo.com/SMS ke 012-3997944 atau mendaftar secara online melalui Borang Pendaftaran Kursus
  • Tunggu pengesahan penyertaan dalam tempoh 24 jam
  • Bank in sama ada melalui online transfer, cash deposit ke akaun Maybank 562384500596(Akademi Nur Insan) yuran kursus sebanyak RM 200.00 berserta bukti bayaran melalui emel, SMS sekiranya menggunakan maybank2u.com atau cash deposit selewat-lewatnya pada hari tarikh tutup penyertaan pada 8 Ogos 2012
  • Pihak kami akan menyerahkan resit pembayaran anda pada hari kursus

Pendaftaran Kursus dibuka sehingga 8 Ogos 2012. Sila maklum kepada pihak penganjur kursus sebelum tarikh tutup penyertaan. Peserta yang memerlukan penginapan, pihak kami akan membantu anda menempah hotel yang berdekatan. Sebarang pertanyaan mengenai kursus, sila hubungi Akademi Nur Insan (Pn Ita) di talian 012-3997944 atau melalui emel akademi_nurinsan@yahoo.com

YA SAYA INGIN DAFTAR 

3 comments:

  1. Pada form secara online.
    Terdapat pilihan serahan secara tunai.

    Adakah pembayaran berlaku (tunai)itu pada hari 23 april itu?

    ReplyDelete
  2. Saudara Izuan, pilihan bayaran tunai dibuat pada 3 hari sebelum tarikh kursus. Harap Maklum.

    ReplyDelete
  3. bolehkan ust terangkan secara detail..apakah jenis teknik teknik rawatan yang di ajar dan adakah menyamai mana mana pusat rawatan yang banyak menganjurkan kursus.

    ReplyDelete

Jom Ikut Kami

Blog Pilihan