Monday, December 19, 2011

Bengkel Jahitan 3 Fesyen Tudung pada 21.01.2012

Akademi Nur Insan dengan kerjasama Nicks Creation akan menganjurkan Bengkel Jahitan 3 Fesyen Tudung terkini. Anda boleh menambah bidang kemahiran jahitan tudung masa kini dengan menjalankan perniagaan sendiri menghasilkan tudung jenama anda sendiri atau menjahit tempahan tudung daripada perniagaan butik-butik tudung.

Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan insan-insan yang bakal menjadi usahawan dengan menggunakan kemahiran seni jahitan tudung sebagai kerjaya tetap atau sebagai pendapatan sampingan.

Kursus ini disampaikan oleh seorang tenaga pengajar yang berpengalaman luas di dalam bidang seni jahitan & sulaman manik & labuci iaitu, Puan Nik Sharija. Beliau telah menjadikan bidang ini sebagai kerjaya tetap yang menghasilkan pendapatan lumayan.

Kandungan Kursus:

Teori asas Jahitan Tudung
Teknik Jahitan Fesyen Tudung Ariani
Teknik Jahitan Fesyen Tudung Scallop
Teknik Jahitan Fesyen Tudung Muslimah
Teknik pemilihan & paduan gabungan warna
Percuma: Taklimat Keusahawanan


Maklumat kursus ini adalah seperti berikut:-

Nama Kursus: Bengkel Jahitan 3 Fesyen Tudung
Fasilitator: Pn Nik Sharija(lihat biodata)

Tarikh: 21 Januari 2012 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi sehingga 5.00 petang
Tempat: Akademi Nur Insan -No 12A-1, Jalan Impian Makmur 3A, Saujana Impian, Kajang, Selangor DE
Penyertaan: Terhad kepada 20 peserta
Yuran Penyertaan: Hanya RM 200.00 (makan & minum dan sijil) - tidak termasuk penginapan

TAWARAN: REBET 10% kepada peserta berkumpulan seramai 5 orang ke atas

Cara Pendaftaran Kursus:
  • Emel/SMS nama kursus, nama penuh, no.telefon, no.kad pengenalan, emel anda serta alamat terkini ke emel akademi_nurinsan@yahoo.com/SMS ke 012-3997944 atau mendaftar secara online melalui Borang Pendaftaran Kursus
  • Tunggu pengesahan penyertaan dalam tempoh 24 jam
  • Bank in sama ada melalui online transfer, cash deposit ke akaun Maybank 105019775769 (En Khairudin Johari) sebanyak RM 200.00 berserta bukti bayaran melalui emel, SMS sekiranya menggunakan maybank2u.com atau cash deposit selewat-lewatnya pada hari tarikh tutup penyertaan pada 17 Januari 2012
  • Pihak kami akan menyerahkan resit pembayaran anda pada hari kursus

Pendaftaran Kursus Dibuka sehingga 17 Januari 2012. Sila maklum kepada pihak penganjur kursus sebelum tarikh tutup penyertaan. Peserta yang memerlukan penginapan, pihak kami akan membantu anda menempah hotel yang berdekatan. Sebarang pertanyaan mengenai kursus, sila hubungi Akademi Nur Insan (Pn Ita) di talian 012-3997944 atau melalui emel akademi_nurinsan@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Jom Ikut Kami

Blog Pilihan