Tuesday, March 1, 2011

Bengkel Membuat Kek Lapis Sarawak pada 24 April 2011

Peluang keemasan kepada pencinta kek. Kini Akademi Nur Insan menawarkan peluang kepada peminat mendalami ilmu pembuatan Kek Lapis Sarawak. Bengkel ini akan dilaksanakan di Akademi Nur Insan, Balakong, Selangor, DE

 
Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan usahawan di dalam industri pembuatan kek khususnya Kek Lapis Sarawak.  Peserta akan diberi peluang untuk mencuba sendiri teknik membuat Kek Lapis yang sedap, cantik serta tahan lama.


Bengkel ini disampaikan oleh Dayang Kek Sarawak. Beliau seorang yang berpengalaman luas di dalam pembuatan Kek Lapis. Beliau pernah menyertai MAHA Serdang 2010, memberi Kursus Praktikal kepada Kementerian Pembangunan Wanita & Keluarga di Labuan, dan telah melancarkan Buku Resepi beliau sendiri pada bulan Mac 2010 di Festival Book Fair PWTC.



Kandungan Kursus:

Pembuatan 8 jenis kek lapis

* Peserta tidak perlu membawa kelengkapan dan bahan membuat kek semasa hari kursus


Maklumat kursus ini adalah seperti berikut:-

 
Nama Kursus: Bengkel Membuat Kek Lapis Sarawak
Fasilitator: Dayang Kek Sarawak
Tarikh: 24 April 2011 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi sehingga 4.00 petang
Tempat: Akademi Nur Insan - F9G, Jalan Impian Indah 2, Taman Impian Indah, Balakong, Selangor DE
Penyertaan: Terhad kepada 20 peserta
Yuran Penyertaan: Hanya RM 300 200.00 (makan & minum, nota dan sijil) - tidak termasuk penginapan

Peserta perlu membawa apron & tuala kecil

Cara Pendaftaran Kursus:
  • Emel/SMS nama kursus, nama penuh, no.telefon, emel anda,no. kad pengenalan serta alamat terkini ke emel akademi_nurinsan@yahoo.com/SMS ke 019-3335741 atau mendaftar secara online melalui Borang Pendaftaran Kursus
  • Tunggu pengesahan penyertaan dalam tempoh 24 jam
  • Bank in sama ada melalui online transfer, cash deposit ke akaun Maybank 105019775769 (En Khairudin Johari) yuran kursus sebanyak RM 200.00 berserta bukti bayaran melalui emel, SMS sekiranya menggunakan maybank2u.com atau cash deposit selewat-lewatnya pada hari tarikh tutup penyertaan pada 21 April 2011
  • Pihak kami akan menyerahkan resit pembayaran anda pada hari kursus

Pendaftaran Kursus dibuka sehingga 21 April 2011. Sila maklum kepada pihak penganjur kursus sebelum tarikh tutup penyertaan. Peserta yang memerlukan penginapan, pihak kami akan membantu anda menempah hotel yang berdekatan. Sebarang pertanyaan mengenai kursus, sila hubungi Akademi Nur Insan (Pn Ita) di talian 019-3335741 atau melalui emel akademi_nurinsan@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Jom Ikut Kami

Blog Pilihan