Friday, September 6, 2013

Kursus Perniagaan Makanan pada 21.09.2013

Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan & menyediakan usahawan dengan ilmu berkenaan industri perniagaan makanan.  Peserta akan didedahkan dengan strategi dan kaedah pengendalian restoran. Peserta juga akan diberikan contoh rancangan perniagaan untuk tujuan pinjaman di institusi perbankan




Kursus ini disampaikan oleh Encik Ramzanee Rameli, seorang yang berpengalaman luas di dalam bidang Perniagaan Makanan. Beliau berpengalaman hampir 14 tahun di dalam bidang ini dan pernah berkongsi ilmu beliau di institusi pengajian tinggi.


Kandungan Kursus:

Pengenalan Industri Perniagaan Makanan
Asas Pengurusan Perniagaan Makanan
Pengurusan Bahan Mentah Bersistematik
Asas Pengurusan Yield
Perancangan Jualan dan Penyediaan Makanan
Pengurusan Sumber Manusia
Pemasaran & Promosi


Bonus: Contoh Rancangan Perniagaan

Maklumat kursus ini adalah seperti berikut:-

 
Nama Kursus: Kursus Perniagaan Makanan
Fasilitator: Ramzanee b. Rameli (lihat biodata)
Tarikh: 21 September 2013 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi sehingga 4.00 petang
Tempat: Akademi Nur Insan - No 12A-1, Jalan Impian Makmur 3A, Saujana Impian, Kajang
Penyertaan: Terhad kepada 30 peserta
Yuran Penyertaan: Hanya RM 250.00 (makan & minum, nota dan sijil) - tidak termasuk penginapan

Siapa yang perlu hadir?
  • Usahawan Perniagaan Makanan - Restoren, Cafe, Peniaga Pasar Malam dan sebagainya
  • Bakal Usahawan Perniagaan Makanan
  • Pesara
  • Graduan Kolej/Universiti

Tawaran: Rebet 10% bagi peserta berkumpulan seramai 5 orang peserta ke atas


Cara Pendaftaran Kursus:
  • Emel/SMS nama kursus, nama penuh, no.telefon, emel anda,no. kad pengenalan serta alamat terkini ke emel akademi_nurinsan@yahoo.com/SMS ke 012-3997944 atau mendaftar secara online melalui Borang Pendaftaran Kursus
  • Tunggu pengesahan penyertaan dalam tempoh 24 jam
  • Bank in sama ada melalui online transfer, cash deposit ke akaun Maybank 562384500596 (Akademi Nur Insan) yuran kursus sebanyak RM 250.00 berserta bukti bayaran melalui emel, SMS sekiranya menggunakan maybank2u.com atau cash deposit selewat-lewatnya pada hari tarikh tutup penyertaan pada 16 September 2013
  • Pihak kami akan menyerahkan resit pembayaran anda pada hari kursus

Pendaftaran Kursus dibuka sehingga  16 September 2013. Sila maklum kepada pihak penganjur kursus sebelum tarikh tutup penyertaan. Peserta yang memerlukan penginapan, pihak kami akan membantu anda menempah hotel yang berdekatan. Sebarang pertanyaan mengenai kursus, sila hubungi Akademi Nur Insan (Pn Ita) di talian 012-3997944 atau melalui emel akademi_nurinsan@yahoo.com

YA SAYA INGIN DAFTAR 

33 comments:

  1. as'kum,saya berminat nak sertai,bila lg nk ada bengkel macam ni??

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam. Jadual terkini untuk April, kami akan upload dalam masa terdekat. Terima kasih di atas sokongan

    ReplyDelete
  3. Jadual bulan Ogos saya akan upload dalam masa terdekat. TQ

    ReplyDelete
  4. Kursus asas perniagaan makanan yg mantap..saya nk join kursus advanced perniagaan makanan plak..tahniah cik Ramzanee

    ReplyDelete
  5. Pihak kami sentiasa memastikan keperluan peserta dipenuhi. Tahniah juga kepada peserta yang berjaya mengaplikasikan ilmu yang diperolehi untuk kemajuan perniagaan

    ReplyDelete
  6. as'kum..sy berminat nak sertai, utk tahun 2012 bila lg akan ade bengkel lagi?

    ReplyDelete
  7. W'salam. Kursus ini akan diadakan pada 14&15 Januari 2012 ini. Mohon hubungi saya di talian 012-3997944. TQ

    ReplyDelete
  8. salam.
    saya tak pandai masak. tp saya nak buka dan ingin memiliki restauran sendiri. adakah saya layak dan boleh berjaya dalam bidang ini? pihak akademi boleh bantu ke orang seperti saya?

    ReplyDelete
  9. walaikumsalam. InsyaAllah sekiranya puan ada kesungguhan untuk berjaya di dalam bidang ini.Puan perlu mendalami selok belok pengurusan perniagaan. Kemahiran di dalam bidang masakan juga puan perlu pelajari sebagai persediaan untuk menjadi usahawan perniagaan makanan. Boleh hubungi saya di talian 012-3997944. Wasalam

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum..

    kursus asas perniagaan ni merangkumi cara nak set up business sekali ke? contohnya, pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan sebagainya?

    lagi satu soalan, untuk 10 & 11hb mac ini masih ada kekosongan kah?

    ReplyDelete
  11. walaiumsalam tuan,

    Kalau pendaftaran perniagaan dgn SSM ada kelas pada 26.2 jam 9pagi. Ada dicerita secara detail tentang penubuhan syarikat, akaun dsb. Sila lihat jadual dari masa ke semasa untuk mengetahui kelas untuk akan datang. 10&11 Mac ini masih ada kosong. Boleh daftar melalui borang online atau SMS ke no yg diberikan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. salam,,sy minat nak sertai kursus tu..bulan jun 2012 ada x...

    ReplyDelete
  13. Ada. Kami akan buat pada 9 Jun nanti. Daftar nama penuh dan ic. TQ

    ReplyDelete
  14. assalam wbth .. bila lagi ada kursus ini ye?

    ReplyDelete
  15. teruskan memberi kursus-kursus sebegini..Syabas!

    ReplyDelete
  16. berminat untuk turut serta, harap dapat info tarikh yang lain..
    latife@mmhe.com.my
    speedysky@gmail.com
    gixxerhero@gmail.com

    ReplyDelete
  17. Next pada 11.8. Tarikh lain masih belum confirm lagi. Nanti dah dapat saya akan maklumkan.

    ReplyDelete
  18. sila emailkan pada saya jika ada kursus pengurusan makanan di bulan semtember 2012 ni ye..

    onefear_sidesteps@yahoo.com

    ReplyDelete
  19. Aslmkm.. sy umur 21 thn.. blh ke klu sy nk buka restoran sy sendiri bila da abis kursus ni?

    ReplyDelete
  20. salam. i want to know when is next date for this seminar.

    ReplyDelete
  21. Salam..
    Br jumpa. Lepas ni bila pulak..

    ReplyDelete
  22. Salam..bila lg ada kursus spt ni lg?

    ReplyDelete
  23. bila ya next schedule?

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Walaikumsalam. Date kursus pada 28 April 2013, Daftar segera. TQ

    ReplyDelete
  26. Salam, masih ade tempat untuk 2 org?

    ReplyDelete
  27. Masih ada. Daftar segera sms nama, no. ic, alamat dan nama kursus ke 012-3997944

    ReplyDelete
  28. salam,ada kursus utk rempah ayam madu tak

    ReplyDelete
  29. Salam sy berminat nak sertai kursud ini....buat tak kat kelann?

    ReplyDelete
  30. Salam saya berminat nak kursus buat otak-otak johor, ada tak,,kalau ada email saya ima_intan@yahoo.com

    ReplyDelete
  31. Salam saya berminat nak kursus buat otak-otak johor, ada tak,,kalau ada email saya ima_intan@yahoo.com

    ReplyDelete
  32. Salam sy berminat nak sertai kursud ini....buat tak kat kelann?

    ReplyDelete
  33. Assalamualikum semua,

    Untuk pertanyaan sila email ke akademi_nurinsan@yahoo.com. Terima kasih

    ReplyDelete

Jom Ikut Kami

Blog Pilihan