Saturday, October 1, 2011

Kursus Asas Pengurusan Dobi pada 15.10.2011

Berita baik buat bakal usahawan. Akademi Nur Insan menawarkan peluang kepada bakal usahawan untuk mendapatkan ilmu bagi memulakan perniagaan dobi. Kursus ini akan dilaksanakan di Akademi Nur Insan, Kajang, Selangor, DE

 
Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan usahawan di dalam industri dobi yang semakin berkembang.  Peserta akan didedahkan dengan strategi dan kaedah pengendalian perniagaan dobi. Peserta juga akan diberikan contoh rancangan perniagaan untuk tujuan pinjaman di institusi perbankan.

Kursus ini disampaikan oleh Encik Khairudin Johari, seorang yang berpengalaman luas di dalam bidang Perniagaan Dobi. Beliau berpengalaman hampir 3 tahun di dalam bidang ini.




Kandungan Kursus:

Pengenalan Industri Perniagaan Dobi

Asas Pengurusan Perniagaan Dobi
Proses Pengendalian Dobi
Aspek Pemasaran & Promosi
Analisis & Penetapan Harga
Perancangan Strategik & Perniagaan
Kelas Praktikal
Bonus: Contoh Rancangan Perniagaan



Maklumat kursus ini adalah seperti berikut:-

 
Nama Kursus: Kursus Asas Pengurusan Dobi
Fasilitator: Khairudin Johari(lihat biodata)
Tarikh: 15 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa: 9.30 pagi sehingga 4.00 petang
Tempat: Akademi Nur Insan - No 12A-1, Jalan Impian Makmur 3A, Saujana Impian, Kajang, Selangor DE
Penyertaan: Terhad kepada 30 peserta
Yuran Penyertaan: Hanya RM 150.00 (makan & minum, nota dan sijil) - tidak termasuk penginapan

Cara Pendaftaran Kursus:

  • Emel/SMS nama kursus, nama penuh, no.telefon, emel anda,no. kad pengenalan serta alamat terkini ke emel akademi_nurinsan@yahoo.com/SMS ke 019-3335741 atau mendaftar secara online melalui Borang Pendaftaran Kursus
  • Tunggu pengesahan penyertaan dalam tempoh 24 jam
  • Bank in sama ada melalui online transfer, cash deposit ke akaun Maybank 105019775769 (En Khairudin Johari) yuran kursus sebanyak RM 150.00 berserta bukti bayaran melalui emel, SMS sekiranya menggunakan maybank2u.com atau cash deposit selewat-lewatnya pada hari tarikh tutup penyertaan pada 12 Oktober 2011
  • Pihak kami akan menyerahkan resit pembayaran anda pada hari kursus

Pendaftaran Kursus dibuka sehingga 12 Oktober 2011. Sila maklum kepada pihak penganjur kursus sebelum tarikh tutup penyertaan. Peserta yang memerlukan penginapan, pihak kami akan membantu anda menempah hotel yang berdekatan. Sebarang pertanyaan mengenai kursus, sila hubungi Akademi Nur Insan (Pn Ita) di talian 019-3335741 atau melalui emel akademi_nurinsan@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Jom Ikut Kami

Blog Pilihan